SYARAT AM

  • DQ Guest House dikhaskan untuk tetamu MUSLIM sahaja
  • Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang SAMA JANTINA
  • Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di homestay ini adalah 12 ORANG  kerana kami menyediakan 4 buah bilik tidur sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut pihak kami hanya membenarkan maximum 18 ORANG. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni DQ GUEST HOUSE. Pihak kami tidak  membenarkan rombongan tetamu yang ingin menginap melebihi jumlah tersebut kerana  kami tidak mahu timbul sebarang masalah keselesaan dan masalah air dan masalah kawasan meletak kenderaan.
  • Penyewa mestilah menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran. Terutamanya pada lewat malam
  • Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan DQ Guest House ini untuk aktiviti yang menyalahi Undang-undang Negara dan Hukum Syarak
  • Makanan dan minuman HALAL sahaja dibenarkan di dalam DQ Guest House, tidak dibenarkan membawa masuk alkohol, dadah dan barangan larangan
  • Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas dan rumah jiran.
  • Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan SILA PASTIKAN PLASTIK SAMPAH DIIKAT DENGAN RAPI SEBELUM DIMASUKKAN KE TONG HIJAU (Luar Pagar Belakang Pagar Kolam). 
  • DILARANG MEROKOK DALAM RUMAH / TERUTAMA BILIK TIDUR. KAWASAN LUAR RUMAH TELAH DILETAKKAN KERUSI BAGI YANG MEROKOK
  • Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat. JAGA KEBERSIHAN BERSAMA.
  • Sila jaga kebersihan dan keselamatan peralatan dan kemudahan yang disediakan
  • Semua peralatan dan perabot di DQ Guest House ini merupakan hak milik guest house ini. Gunakan dengan berhemah untuk kesenangan bersama. Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan DQ Guest House ini hendaklah ditanggung oleh penyewa
  • Dilarang mengubah atau mengalihkan perabot yang terdapat di dalam DQ Guest House ini dan jika berlaku anda diminta untuk menyusun semula perabot yang digerakkan seperti susunan asal. Pastikan semua barang dan peralatan diletakkan di tempat asal sebelum anda check-out
  • Pastikan semua suis penyaman udara, elektrik, lampu dan kipas ditutup sekiranya anda tiada di dalam DQ Guest House atau tidak digunakan
  • Pastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang atau malam
  • Pastikan tiada barangan anda yang tertinggal semasa check-out. Hubungi kami segera jika masih ada terjadi kes tertinggal barang dan anda perlu datang kembali untuk mengambil barangan tersebut. Sekiranya perlu dipos, anda hendaklah menanggung kos pos.

Sekiranya syarat-syarat diataskan tidak dipatuhi, DQ Guest House berhak untuk membatalkan sewaan serta merta

TEMPAHAN

  • Kadar sewa harian DQ Guest House adalah RM490 harga promosi sempena tahun melawat Kelantan RM450 Weekdays/ Cuti Umum / Cuti Sekolah / Cuti Perayaan) sehari, Hubungi kami untuk perbincangan lanjut jika anda berhajat untuk menyewa secara mingguan atau bulanan.
  • Diskaun RM10 hingga RM20 per hari bagi penyewa menginap lebih 2 hari dan keatas.
  • Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami disini
  • Harap maklum kami tidak menerima tempahan ad-hoc. Anda perlu membuat tempahan awal SEKURANG-KURANGNYA 3 hari sebelum tarikh penginapan anda.
  • Deposit tempahan ialah RM150 Security Deposit diperlukan bagi pengesahan tempahan dan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas persetujuan bersama. Sila maklumkan kepada kami selepas bayaran dibuat.
  • Selepas tamat tempoh tersebut, jika tiada maklum balas, anda dianggap tidak berminat dan tarikh tersebut terbuka kepada pelanggan lain.
  • Bayaran penuh seperti yang dipersetujui mestilah dijelaskan secara online transfer / bank in ke akaun DQ BIZ EMPIRE  >> 8604708417 (CIMB). Kod PETI KUNCI hanya akan diberikan selepas bayaran diterima. 
  •  Jika terdapat pembatalan, pihak DQ GUEST HOUSE berhak mengenakan caj seperti berikut :
    14 hari dari tarikh masuk :25% dari jumlah harga sewaan yang ditempah
    7 hari dari tarikh masuk :50% dari jumlah harga sewaan yang ditempah
     3 hari dari tarikh masuk: tiada pulangan deposit yang akan dibuat.
  • Resit hanya dikeluarkan atas permintaan
  • Check-in sebelum 3:00pm dan check-out selepas 12:00pm
  • Jika tiada tetamu lain pada hari sebelum dan selepas anda menginap, anda dibenarkan untuk check-in awal atau check-out lewat pada kadar RM20 sejam. Sila maklumkan terlebih dahulu jika anda bercadang berbuat demikian.
  • Jika anda bercadang check out lebih awal dari hari sepatutnya disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan seberapa segera yang mungkin kepada pihak DQ Guest House. Sewaan 50% dari baki akan dipulangkan sekiranya check out sebelum jam 12 tengahari. Manakala check out selepas jam 5 petang, TIADA PEMULANGAN SEWAAN. (akan dikira kadar sewaan sehari).
  • Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
KEHILANGAN KUNCI

Bayaran sebanyak *RM150 akan dikenakan kepada penyewa bagi tujuan penggantian tombol pintu dan kunci grill baharu.

*Berdasarkan sebut harga upah dan pasang 2024.


KOD KOTAK KUNCI DIUBAH

Bayaran sebanyak RM60 akan dikenakan kepada penyewa bagi tujuan penggantian kotak kunci baharu.

LAIN-LAIN

  • Bayaran security deposit RM150 akan dipulangkan semula kepada anda dalam tempoh 48 jam selepas check out / atau selepas pihak DQ Guest House memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out.
  • Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam DQ GUEST HOUSE untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak kami untuk membaikpulih atau mengambil barangan guest house kerana pihak DQ GUEST HOUSE TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam guest house, sebarang kehilangan barangan guest house adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak guest house akan mengenakan bayaran kepada anda sebagai penyewa.  Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus guest house di talian 01164933500 atau 01164943500
  • Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman DQ GUEST HOUSE minta mereka menghubungi pihak kami sendiri.
  • Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke DQ GUEST HOUSE. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus DQ GUEST HOUSE menggunakan akaun cimb DQ BIZ EMPIRE sahaja.
  • Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan. Jika tidak dibersihkan caj sebanyak RM30 akan dikenakan dan akan di tolak dari security deposit.
  • Jika berlaku kecurian atau kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa dan tanggungan mereka pihak DQ Guest House berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  • Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan security deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi syarat-syarat di atas

 

DQ Guest House tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan atau kerosakan barang–barang peralatan atau harta benda kepunyaan penyewa yang berlaku semasa menginap di guest house ini.

Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.